Rahsia kelebihan Bunga Ros

Bunga Mawar atau Ros yang juga di anggap sebagai "Ratu Bunga " kerana keistimewaannya dan simbolik dalam kehidupan.
Dari sudut pandangan Islam, kisah mengenai Bunga Mawar atau Ros telah dinyatakan di dalam Kitab Suci Al-Quran - Juzuk 27 : Surah Ar-Rahman Ayat 37-38 maksudnya : Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ?
Bunga Mawar/Ros telah lama digunakan di dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan seperti berikut :
  1. Industri farmaseutikal
  2. Industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti Minuman pati Ros
  3. Industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum,pembersih wajah
  4. Perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan
Aroma wangian mawar juga mampu memberikan rasa ketenangan serta merangsang minda kita.

Antara lain kehebatan air mawar ini:

✔ Mencium baunya dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. (Berdasarkan penyelidikan saintis Jerman)
✔ Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressi)
✔ Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(menenangkan perasaan)
✔ Merawat ulser perut
✔ Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
✔ Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.
✔ Merawat jangkitan pada mata.
✔ Meredakan sakit tekak
✔ Merawat infeksi pundi kencing
✔ Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema.
✔ Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
✔ Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
✔ Membantu proses penghadaman
✔ Mengekalkan kesihatan usus
✔ Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
✔ Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis.
✔ Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
✔ Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E yang sangat sesuai utk penjagaan kulit wajah
✔ Merawat cirit-birit
✔ Menghilangkan keletihan
✔ Menghilangkan sakit kepala dan pening

Terlalu banyak kebaikkan air mawar yang tidak boleh disangkal lagi.pasti ramai yang ingin cuba produk yang berasaskan Air mawar kan? Apa kata kita cuba toner yang berasakan air mawar iaitu Whitening Facial Toner.Penggunaan secara konsisten akan memberi hasil yang maksimum serta memuaskan.



Ain Numi

Sihat itu penting. Cantik dan berperibadi itu perlu.

No comments:

Post a Comment