Punca - Punca Jeragat

Jeragat adalah satu masalha yang ditakuti oleh ramai kaum wanita tak kiralah di golongan dewasa hinggalah ke tua.maklumlah jeragat lah paling sukar untuk dihilangkan jika dibandingkan dengan masalah kulit jerawa dan lain2

gambar dari cik google

PUNCA-PUNCA JERAGAT
Penting untuk kita ketahui apakah punca yang sebenar untuk kita elakkan daripada ia terus berlaku

1. Sinaran UV yang menjadikan kelebihan pigmen pada wajah di mana kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menggelap dan membakar kulit serta membawa kanser kulit.

2. Tidak membersihkan mekap dgn bersih.Ada di kalangan wanita yang selepas balik kerja tidak membersihkan bahan solekan di wajah mereka membuatkan segala bahan kimia dalam bahan solekan meresap ke dalam kulit dan mendap ke bawah lapisan yang menyebabkan kulit kilat berisiko mendapat jeragat

3. Menggunakan bahan mekap yang tidak berkualiti dan bermutu rendah(igt !untuk kesan jangka panjang sangat merbahaya)

4. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus serta gelisah dan tidak cukup tidur

5. Disebabkan oleh masalah pada limpa

6. Kesilapan menggunakan produk yang tidak sesuai dan tidak selamat

7. Ramai wanita tidak menggunakan pelindung sewaktu di dalam rumah..contoh ketika memasak,sedangkan kita terdedah kepada haba api dapur..bayangkan setiap hari kita masak…lama kelamaan sel kulit akan rosak..jadi wanita perlukan pelindung walau di dalam rumah

8. Kolagen yang semakin hilang di dalam pipi membuatkan ia tidak bermaya dan berkedut. Ini di sebabkan bahan kimia seperti asap kereta,rokok dan bahan-bahan solek

9. Kandungan bahan kimia yang merbahaya seperti MERKURI dan HYDROKUINON ACID

10.Ramai di kalangan kita yang mencecah umur 35 ke atas kerap mendapat masalah jeragat atau pigmentation..

Tips untuk kita semua : 
  • Gunakan pelingdung uv samada berbentuk krim atau stick serta kenakan compact powder yg sesuai dengan kulit
  • Amalkan pembersihan mekap dterlebih dahulu sebelum membersih wajah dengan pemberrsih wajah
  • Gunakan produk kecantikan yang berkualiti,selamat dan bebas dari bahan kimia.Jangan main beli je orang ckp bagus terus je beli.cuba research dulu sebelum buat pembelian.jangan sebab nak cepat berkesan tapi jangka panjang parah kulit nya
  • Hormon yang tidak seimbang ini biasanya kita kena cuba amalkan pemkanan yang sihat dan bebas toksin agar kulit lebih terjaga.(amalkan makanan tambahan yg bersesuaian)
  • Moisturizer amatlah penting walaupun kita suri rumah,yelah kita juga terdedah kepada habuk2 ketika mngemas dan haba2 ketika memasak
  • Jangan terlalu berkira dgn diri sendiri untuk jaga kesihatan & kecantikan Kulit.Hargailah kecantikan diri yang dikurniakan oleh pencipta, agar orang lain juga turut menghargai kita. 
Jika berminat dengan Set Jeragat dari rangkaian Produk Debella (Klik Disini)



Ain Numi

Sihat itu penting. Cantik dan berperibadi itu perlu.

No comments:

Post a Comment