Tips Penggunaan Scrub Wajah

Membersih wajah setiap hari tidak cukup untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap ke dalam kulit, yang mana boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan timbulnya blackheads dan breakouts. Penggunaan scrub berkesan untuk menanggalkan kotoran ini.

Dalam rangkaian produk Debella juga menyediakan facial scrub yang dikenali dengan Aloevera Whitening facial scrub.Dengan gabungan buah oren dan Aloevera ia memberi kelembapan dan kecerahan pada kulitjika digunakan secara berterusan dan konsisten.
 
 

Jom kita teruskan dengan Tips sebenar penggunaan scrub di wajah.

1.Menggunakan scrub wajah ketika mandi akan memudahkan cukuran dan menjadikan cukuran lebih licin. Ia juga mengurangkan terjadinya ingrown hairs yang disebabkan keradangan akibat penggunaan mata pisau cukur.

2.Apabila memilih scrub wajah, pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, pumice, apricot,oren ,aloevera dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori.

3.Lelaki atau wanita yang mempunyai jerawat tidak digalakkan menggunakan scrub kerana ia mungkin menambah keradangan pada kulit lebih teruk. Scrub membuatkan keadaan kulit wajah berjerawat menjadi lebih teruk.

4.Gunakan scrub pada suhu air suam kerana ia dapat membuka liang pori-pori dengan lebih senang. Terlebih dahulu cuci wajah anda dengan pencuci. Selepas dibilas, ambil sedikit scrub wajah dan sapu pada wajah dengan menggosoknya secara berputar pada bahagian dahi, hidung, dagu dan leher.

5.Apabila menyapu scrub, biarkan beberapa minit pada wajah agar nutrien dalam bahan scrub dapat meresap ke dalam kulit wajah. Kemudian cuci scrub ketika mandi.

Selamat mencuba :)

Ain Numi

Sihat itu penting. Cantik dan berperibadi itu perlu.

No comments:

Post a Comment