Ruam Panas Pada Bayi dan Kanak-Kanak Boleh Diatasi Dengan Aloevera



Perasaan seorang ibu pasti resah apabila melihat seorang anak mengalamai ruam panas pada kulit.Pelbagai cara kita sanggup lakukan bagi mengubati atau mengatasi masalah yang dihadapinya asalkan selamat dan berkesan.

Ok,sebelum itu,ain nak ceritakan sedikit apa yang dimaksudkan dengan Ruam panas.Ia dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi kita yang terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas.


Ruam juga timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak kita memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.


Ruam panas tidaklah merbahaya, tapi ia adalah petanda yang anak kita terlalu panas. Jika kita tidak mengambil langkah untuk menyejukkan dia, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba. Jika ini berlaku, anak kita tidak akan dapat mengawal suhu badannya; suhu badan mungkin naik lebih tinggi dari normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.


Mesti ramai yang nak tahu bagaimana Ruam panas ini boleh terjadi? keadaan ini terjadi apabila panas dan lembap di luar, anak kita akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. 


Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk.Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.
Ruam panas ini  kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan, dan sensasi yang mencucuk hebat atau perit itu mungkin akan mengganggu anak kita. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh.


Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari kelak, tetapi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan anak kita.

  • Elakkan persekitaran panas dan lembap
    Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh jika anak kita main berlari-lari, dan galakkan masa-masa dia berdiam untuk mengurangkan jumlah dia berpeluh. Cuba gunakan kipas mini apabila kita keluar berjalan-jalan atau semasa cuaca panas. Jika cuaca kekal panas walaupun di malam hari, letakkan kipas berdekatan katil anak kita.

  • Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
    Elakkan fabrik sintetik, seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas; pilihlah fabrik natural. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

  • Pastikan badannya sentiasa sejuk
    Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi kita dalam air suam tab atau hujan. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala; memberi masa lebih untuk dia bertelanjang boleh membantu memulihkan ruam.

  • Gunakan Talkum Powder Aloevera
     Sapukan bedak Aloevera terutama sekali jika bayi kita kelihatan resah dan menangis apabila kita menyentuh kulitnya.seperti yang kita ketahui Aloevera
    Mengikut kajian Ahli Sains telah mengakui Aloe vera berkesan untuk digunakan sebagai rawatan luaran dan dalaman.Ini kerana ia dapat menyembuh dan mengembalikan tisu kulit ke asalnya




  • Gunakan Aloevera Jelly Di waktu Malam
    Ia sangat penting bagi mengatasi masalah kulit anak kita.Setiap sapuannya memberi kesegaran dan keselesaan pada kulit.



***Pelbagai khasiat  dan kelebihan jika mengamalkan produk berasaskan Aloevera
 
Sekiranya anak kita mendapat suhu yang tinggi terus rujuk kepada doktor . Dia mungkin akan mengesyorkan supaya bayi diberi larutan parasetamol untuk meringankan ketidakselesaannya dan menurunkan suhu badan. (Jangan sekali-kali memberi anak kecil aspirin sebab, ada kalanya, walaupun amat jarang, ianya boleh menyebabkan kondisi yang mengancam nyawa dikenali sebagai sindrom Reye.) 

Tetapi kita juga perlu awasi sekiranya suhunya turun, ini kerana badannya boleh menjadi sejuk dan perlu dipanaskan semula. 


Wah,sudah banyak rasanya info-info yang dapat membantu para ibu dalam mengenali apa itu ruam panas.

Ain Numi

Sihat itu penting. Cantik dan berperibadi itu perlu.

3 comments:

  1. Alhamdulillah! Terima kasih atas perkonsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

    http://www.ruambayipowder.com/penawar-psoriasis-ruam-bayi-dan-semua-jenis-penyakit-kulit/

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Terima kasih atas perkonsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

    http://www.ruambayipowder.com/penawar-psoriasis-ruam-bayi-dan-semua-jenis-penyakit-kulit/

    ReplyDelete
  3. Jika ruam merebak ke mulut dan hidung?

    ReplyDelete