Jom Bermain Permainan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-Kanak


Adakah anak kita mempunyai masalah bermain? Berapa lamakah anak kita bermain? Tahukah kita jenis permainan yang sesuai untuk anak kita? Sebagai ibubapa pasti banyak persoalan yang kita ingin tahu tentang perkembangan anak kita. Mari kita bincangkan persoalan itu bersama-sama.


“Bermain” boleh di definisi sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.


Tahap dan Jenis Permainan boleh diketogerikan kepada 5 jenis permainan mengikut tahap umur kanak-kanak.

Umur : 0-2 tahun
Jenis Permainan : Permainan Solitari / Individu
Contoh : Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri.

0 - 6 bulan :


  • Memasukan barang ke mulut
  • Mencapai, mengutip dan mengenggam
    mengunakan tangan.
  • Bermain sendiri mengunakan permainan seperti rattle
  6 - 12 bulan :

  • Melihat dan meniru.
  • Pergerakan mengulang seperti menepuk tangan, membuang permainan.
  • Suka permainan mudah peek –a- boo.
  • Meneroka permainan mengunakan tangan dan mulut.
12 - 18 bulan:


  • Mengetuk dua barang / objek dan mengenalpasti bunyi.
  • Mengulang perbuatan
  • Bermain dan bercakap seorang
18 – 2 tahun:


  • Belajar mencuba dan melakukan kesalahan
  • Meniru gaya permainan kanak-kanak lain atau  orang dewasa
  • Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak mengambil bahagian
  • Suka bermain dengan orang dewasa.
  • Suka permainan yang berulang seperti meletak dan mengeluarkan objek serta menselerakan.
Umur : 2 - 2.5 tahun
Jenis Permainan : Permainan Spectator
Contoh : Situasi dimana kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain. 


Umur : 2.5 - 3 tahun
Jenis Permainan : Permainan Selari
Contoh : Situasi dimana kanak-kanak bemain bersebelahan atau dalam kumpulan yang sama dengan mengunakan permainan yang sama tetapi tidak berinteraksi antara satu sama lain. 


Umur : 3 - 4 tahun
Jenis Permainan : Permainan Asosiatif/ Perkongsian
Contoh : Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain. (Jom ikuti kisah anak ain, Aisyah yang masih berusia 2 tahun 1 bulan boleh menyelesaikan puzzle dgn lengkap tanpa di bantu)



  • Mengenal pasti bentuk, huruf dan warna
  • Cuba menyelesaikan jigsaw puzzle yang mudah.
  • Bermain bersama kanak-kanak lain.’
  • Suka bertanya dan mendapatkan kepastian seperti kenapa dan bagaimana. 
Umur : 4 - 6 tahun
Jenis Permainan : Permainan Kerjasama
Contoh :  Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil bahagian dalam permainan, berkongsi, berkerjasama, berunding dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan. 


  • Belajar menggunakan dan mempelajari penggunaan simbul dalam penulisan dan bacaan.
  • Menunjukkan kefahaman berdasarkan pengalaman yang dialami.
  • Faham arahan dan undang-undang mudah dalam permainan.
  • Menunjukan sikap kerjasama, menunggu giliran dan gembira dalam permainan. 
Ain harap sedikit Info yang ain kongsikan dapat membantu para ibu-ibu dalam mendidik anak-anak kita..

~ Selamat Mencuba dan Mendidik ~

Ain Numi

Sihat itu penting. Cantik dan berperibadi itu perlu.

No comments:

Post a Comment