Punca Dan Cara Rawat Jeragat

Mari kita kenali rupa jeragat

gambar dr cik google

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, seperti di pipi, di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi sukar untuk dipulihkan. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Antara Punca-Punca Terjadinya Jeragat :
  • Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen. 
  • Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus. 
  • Gelisah dan tidak cukup tidur. 
  • Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah (jd jgnlah guna yg tak original ye,bahaya untuk jangka panjang)
  • Disebabkan oleh masalah pada limpa. 
  • Kesilapan menggunakan produk yang tidak sesuai dan tidak selamat (carilah yg lulus kkm)
Ada 2 jenis Rawatan
  1. Traditional
  2. Rawatan Kaedah Moden
Rawatan Traditional

Petua 1: Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu

Credit

Tapi,pasti ramai yang tak sanggup nak buat cara traditional kan.maklumlah masing-masing sibuk dgn kerja seharian.

Cara Moden juga akan menjadi pilihan utama dimana dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan menggunakan "Skin Care" dan "Kosmetik" yang mengandungi "Sunscreen Protection" iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan

Antara Set Penjagaan wajah yang mampu mencegah dan merawat jeragat ialah ialah Set Jeragat Debella


Terdiri daripada 5 Produk:
  1. Whitening Facial Cleansing Gel
  2. Firming Lotion Toner
  3. Pigmentation Cream (kegunaan siang)
  4. Retin Cream (kegunaan malam)
  5. UV Db Cream
Setelah hampir 14 tahun dalam pasaran produk ini memang nyata terbukti berkesan,selamat dan mempunyai pengguna setianya yang tersendiri.



Ain Numi

Sihat itu penting. Cantik dan berperibadi itu perlu.

1 comment:

  1. Pemborong produk kecantikan Dr Rochelle Skin Expert, diperbuat dari bahan alami berkualitas tinggi. Berkesan untuk pemutihan yang nyata, menghaluskan kulit wajah, mencerahkan dan mengecilkan pori-pori di muka.

    Cara Order : SMS/Whatsapp Azwan 0123796229 / 0129381556. Chat BBM 21950D17

    Sila kunjungi website kami http://rochelleskincaremy.com

    ReplyDelete